Video player requires JavaScript enabled. You can download this video here:

Inisiatif kami untuk menambahbaik akses ke sekolah

Pendidikan adalah langkah pertama yang dapat membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi dirinya yang sebenar. Malangnya, bagi jutaan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman, perjalanan ke sekolah sering berdepan kesukaran dan mengambil masa yang lama. Kanak-kanak ini dinafikan hak pendidikan formal - dan masa depan yang cerah.

Horlicks komited untuk merapatkan jurang pendidikan bagi semua kanak-kanak di seluruh dunia. Usaha kami baru sahaja bermula. Dengan sokongan anda, kami boleh menjadikannya satu kenyataan.

Kongsi

Projek Kami

Kami berazam untuk melaksanakan usaha-usaha yang dapat membawa perbezaan yang ketara terhadap golongan sasaran kami.
Penyelesaian yang kami tawarkan bergantung pada tahap kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak untuk ke sekolah. Kami akan berganding bahu dengan komuniti setempat, rakan-rakan kerjasama yang berpengalaman dan anda untuk memperoleh penyelesaian terbaik. Klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang usaha yang kami rencanakan bagi memudahkan perjalanan kanak-kanak Kampung Chuweh untuk ke sekolah.

Pelaksanaan Projek

KAMPUNG CHUWEH

Klik di sini untuk mengetahui mengapa kanak-kanak Kampung Chuweh tidak bersekolah pada waktu ini.

Ketahui lebih lanjut

Kembali ke atas