Pernyataan Misi

Kami percaya bahawa kami dapat menyerlahkan potensi sebenar kanak-kanak melalui pendidikan. Bersama masyarakat dan rakan-rakan kerjasama, Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks menetapkan matlamat untuk memudahkan perjalanan kanak-kanak ke sekolah. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan kesedaran melalui pelbagai saluran komunikasi kami. Kami yakin dengan usaha kami untuk memupuk potensi dunia.

Komitmen kami

Kami sedar bahawa perubahan mengambil masa untuk dilaksanakan. Dan lebih penting, ia perlu menghasilkan keputusan jangka panjang yang positif. Itulah sebabnya kami memberikan komitmen jangka panjang dalam Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks untuk mengecapi manfaat yang berterusan:

KAMI MEMILIH PROJEK YANG SESUAI DENGAN TELITI.

Ia bukan sekadar hanya melepaskan batuk di tangga. Projek-projek ini perlu membawa perbezaan yang ketara dan nyata pada kanak-kanak – secara berterusan. Dan ia perlu dilaksanakan dengan cara yang teliti dan efektif.

KAMI ADALAH RAKAN YANG BOLEH DIPERCAYAI.

Pesanan kami untuk komuniti setempat, NGO aktif, badan-badan rasmi serta mereka yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini di seluruh dunia: Kami melaksanakan apa yang kami ucapkan; kami mengotakan apa yang kami janjikan; kami memastikan agar segala maklumat sentiasa dikemaskini dengan tepat.

KAMI TELUS BERTINDAK.

Urus tadbir dana dan usaha adalah penting bagi kami. Kami komited untuk menyediakan sokongan, pembiayaan & penyelesaian dalam cara yang bersesuaian, dan kami akan berbuat demikian melalui rakan kerjasama global yang boleh dipercayai.

KAMI MENJANA HASIL YANG JELAS DAN NYATA.

Projek kami adalah berlandaskan matlamat teras untuk merealisasikan usaha menambah baik perjalanan kanak-kanak ke sekolah dan memudahkan akses kepada pendidikan. Ia mungkin melibatkan pelbagai aspek yang berbeza - bergantung kepada masalah setempat yang dihadapi. Sesetengah penyelesaian mungkin kecil, yang lainnya mungkin amat besar - namun tidak kira apa yang kami sasarkan, kami pasti akan berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakan dan menjayakannya.

KAMI MEMPERKASA KANAK-KANAK DAN KOMUNITI.

Lazimnya, penyelesaian terbaik untuk sesuatu masalah hanya mampu ditawarkan oleh mereka yang terlibat - apa yang mereka perlukan hanyalah sedikit bantuan dan sokongan. Bersandarkan keyakinan ini, kami memilih untuk bekerjasama dengan kanak-kanak dan komuniti terbabit bagi mencari penyelesaian terbaik. Kami akan membiayai segala idea. Dan kami akan meyakinkan orang-orang lain di seluruh dunia untuk menyokong usaha kami.

KAMI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KAMI.

Daripada pemilihan projek yang sesuai kepada usaha-usaha memupuk kesedaran serta mengenal pasti rakan-rakan kerjasama dalam urus tadbir pelaksanaan & pembiayaan projek, kami akan terus giat berusaha untuk memudahkan perjalanan ke sekolah bagi kanak-kanak terbabit. Komitmen kami adalah untuk selamanya.

KAMI BEKERJASAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG SERUPA.

Sumbangan kami

Pendidikan yang sempurna dapat membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi mereka yang sepenuhnya. Sebilangan besar kanak-kanak tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak berpeluang ke sekolah. Kami komited untuk mencari projek yang dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan memastikan perjalanan ke sekolah lebih cepat dan lebih mudah. Komitmen kami adalah untuk selamanya.

PERKARA-PERKARA LAIN YANG AKAN KAMI LAKUKAN:

  • Kami menguruskan pelbagai projek berkaitan dengan bantuan NGO tempatan.
  • Kami menyediakan segala kelengkapan digital dan media sosial untuk mewujudkan kesedaran tentang inisiatif ini dan penerima manfaat utamanya: kanak-kanak tempatan.
  • Kami akan memanfaatkan komunikasi produk kami secara berterusan di seluruh dunia untuk menarik perhatian masyarakat global kepada usaha murni ini.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK AKAN KAMI LAKUKAN:

  • Kami tidak akan menyeleweng wang untuk kegunaan lain.
  • Kami tidak akan mengaut keuntungan melalui inisiatif ini.
  • Kami tidak akan menyalahgunakan data yang kami kumpulkan.
  • Kami tidak akan menafikan hakikat bahawa banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

 

 

 

SECARA RINGKASNYA, KOMITMEN KAMI ADALAH UNTUK SELAMANYA.

Ketahui lebih lanjut

Kembali ke atas