Kongsi

Laporan projek Kampung Chuweh

Banyak yang telah berlaku sejak kami memberi komitmen kepada kanak-kanak Kampung Chuweh untuk mewujudkan akses kepada pendidikan.

Kami bekerjasama dengan Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) dan penduduk kampung untuk membina dua buah bilik darjah. Kami turut memperkenalkan seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Jameyah Shariff, yang akan menjalankan program pembelajaran melalui permainan serta menilai kebolehan pembelajaran kanak-kanak.

Kami juga telah membeli sebuah bot! Semasa kami kini sibuk melengkapi bot itu dengan kelengkapan keselamatan, kanak-kanak diminta untuk mencadangkan nama bagi bot tersebut. Anda juga boleh turut serta untuk membantu mencadangkan nama. Layari laman Facebook kami dan tinggalkan cadangan anda di komen-komen yang berkenaan!

Perjalanan kini bermula

Mengenai Projek Kampung Chuweh

Kampung Chuweh terletak di kawasan pedalaman dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 90 orang; yang mana satu pertiga daripadanya ialah kanak-kanak. Seperti kanak-kanak lain di seluruh dunia, kanak-kanak Kampung Chuweh sentiasa bersemangat menempuh hari-hari yang mendatang: mereka gemar bermain, berlari, menyanyi dan bergelak ketawa. Mereka berpotensi tinggi, bijak dan berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, disebabkan lokasi kampung yang terletak jauh di dalam kawasan Tasik Banding di utara Malaysia, kanak-kanak ini tidak bersekolah. Sekolah terdekat – Sekolah Kheman dan Sekolah Banun – terletak 25km jauhnya dan mereka perlu menaiki bot untuk ke sana.

Baca selanjutnya 

Kanak-kanak Kampung Chuweh menaruh harapan untuk menjejakkan kaki ke sekolah dan bercita-cita untuk menjadi doktor dan guru. Ibu bapa dan pemimpin masyarakat mereka sedar bahawa hanya pendidikan sahaja mampu mengetengahkan potensi sebenar anak-anak ini. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan ketiadaan peluang untuk menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan faktor jarak dan kurangnya pengangkutan yang selamat dan tersedia sepanjang masa.

Ketahui bagaimana Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks membuka peluang pendidikan kepada kanak-kanak ini.

Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks mensasarkan untuk merapatkan jurang pendidikan bagi kanak-kanak melalui kerjasama dengan masyarakat dan rakan kami yang dipercayai, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW).

Ketahui lebih lanjut

Baca ringkasan 

Apakah peranan anda

Berkongsi

Bantulah kami menyebarkan usaha ini. Kongsilah Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks agar kami dapat menyebarkan kesedaran mengenai usaha murni ini di seluruh Malaysia.

Berkongsi

Layari

Ikuti perkembangan kami dalam laman web kami, laman Facebook dan saluran YouTube. Kami akan memuat naik pelbagai video dan gambar baharu mengenai Projek Kampung Chuweh sepanjang projek ini berlangsung, serta berkongsi projek-projek baharu yang telah kami kenal pasti.

Suka

Marilah sertai kanak-kanak ini dalam perjalanan mereka merealisasikan potensi diri. Kongsilah kisah mereka bersama rakan-rakan anda dengan menandakan 'Like' atau 'Suka' untuk laman dan video kami sambil anda mendapatkan berita terkini melalui rangkaian sosial.

Berkongsi

Bantulah kami menyebarkan usaha ini. Kongsilah Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Bersama Horlicks agar kami dapat menyebarkan kesedaran mengenai usaha murni ini di seluruh Malaysia.

Berkongsi

Layari

Ikuti perkembangan kami dalam laman web kami, Facebook dan Youtube. Pelbagai video dan gambar Kampung Chuweh akan dimuat naik sepanjang perlaksaan projek, serta maklumat projek-projek kami yang akan datang.

Suka

Marilah sertai kanak-kanak ini dalam perjalanan mereka merealisasikan potensi diri. Kongsilah kisah mereka dengan rakan-rakan anda dengan klik ‘Like’ atau ‘Suka’ di laman dan video kami.

Kembali ke atas